Total Pageviews

Friday, January 8, 2016

Salam Jumaat,Penghulu segala hari......

Harini admin nak kongsi pada anda resepi Bubur Lambuk Special dari SteviaSugar Corporation..
Bubur lambuk ni mudah disediakan...kita juga boleh masak dengan kuantiti yang banyak..haaa..boleh la sedekah pada jiran sebelah rumah...bawak ofis makan ramai-ramai dengan staff - staff lain pun seronok...

Ok Bahan2 untuk Bubur Lambuk Mudah Dan Sedap (10 orang makan)

1/2 cawan Dr Sweet Extra Virgin Olive Oil
200gram Daging (potong kecil2) 
1/2 cawan Udang Kering (ditumbuk @ blend kasar) 
Segenggam Lobak Masin (hiris nipis2)
3 ulas Bawang Merah (hiris)
2 ulas Bawang Putih (hiris)
2cm Halia (hiris) 
3 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)
1 sudu besar Lada Hitam
Sedikit Halba 
Santan 1 cawan
Garam secukup rasa
1/2 cawan kacang kuda @ kacang tanah
2 pot cawan  Beras

Cara-cara nya ialah :


1) Masukkan Dr Sweet Extra Virgin Olive Oil,tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Lepas tu masukkan pula lada hitam, halba dan 3 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)


2) Bila dah garing sikit, tumis pula udang kering dan daging. Kalau macam kering sangat, letak air sikit..pastu sambung tumis semula. Kacau2 sikit pastu masukkan lobak masin. Jangan risau..bila lobak masin ni dah masak, dia tak masin. yang bestnye anda akan rasa kenyal-kenyal sikit.

3) Bila semua dah sebati dan dah masak, periuk tersebut bolehlah di penuhkan dengan air dan beras.air boleh lah letak separuh daripada sukatan beras.

 4) Bila bubur dah hampir masak, last sekali masukkan santan dan garam. Biar seketika dalam 5minit, pastu bolehlah tutup api.

5) Siaplah Homemade Bubur Lambuk Sedap Dan Mudah.















Mudah je kan? Selamat mencuba ^__^

Untuk dapat kan produk Dr Sweet Olive Oil,anda bolehlah menghubungi kami di talian 03-21660445