Total Pageviews

Thursday, September 25, 2014

CUKA EPAL UNTUK KECANTIKAN

Epal merupakan antara buah yang enak dimakan sebagai pencuci mulut. 
Tapi,
Tahukah anda akan khasiat epal ?
Epal tidak mengandungi lemak, sebaliknya mengandungi serat dan nutrien yang tinggi termasuk antioksidan yang meningkatkan prestasi badan dan kulit.

Epal Merah
Disebabkan khasiat epal yang banyak, maka cuka epal dihasilkan sebagai pemakanan kesihatan.

Cuka Epal Dr.Sweet

Sebelum ini, kami ada share satu entry berkaitan dengan kebaikan cuka epal. 
Hari ini kami ingin kongsikan dengan lebih lanjut tentang 
manfaat cuka epal untuk kecantikan.

1. Sebagai Syampu Rambut
Cuka Epal boleh mengembalikan kilauan rambut, mencegah rambut kusut, dan menstimulasikan pertumbuhan rambut baru.
Caranya, campurkan 1/3 cawan cuka epal dengan suku cawan air.
Gunakan semasa mandi dan bilas.

2. Penyegar Wajah
Cuka epal sangat baik untuk merawat jerawat tanpa meniggalkan kesan kehitaman.
Caranya, ambil kapas dan sapukan beberapa titis cuka epal pada wajah yang berjerawat.

Penyegar Wajah Cuka Epal

3. Sebagai detoksifikasi perawatan wajah
Caranya, sapukan cuka epal pada wajah dengan rata dan biarkan 10-15 minit supaya dapat meresap ke dalam pori-pori muka dan kemudian bilas dengan air suam.

4. Sebagai Perawatan Mandian
Gunakan cuka epal ketika mandi untuk mengeluarkan racun pada tubuh serta menjadikan kulit lebih lembab

5. Sebagai Pencuci Mulut & anti Plak
Caranya, campurkan cuka epal dengan air dan kemudian kumur. Lakukan secara rutin agar nafas segar sentiasa.


Ini sahaja perkongsian dari kami.
Moga entry ini memberikan manfaat kepada anda~

No comments:

Post a Comment