Total Pageviews

Thursday, September 25, 2014

KULIT SIHAT DENGAN CUKA BUAH

Cuka buah-buahan adalah makanan yang sangat baik untuk kesihatan. 
Banyak khasiat kesihatan yang boleh kita dapat jika mengamalkan pemakanan cuka buah-buahan..

Terdapat pelbagai jenis cuka buah-buahan yang ada antaranya
Cuka Epal, 
Cuka Anggur,
Cuka Kurma,
Cuka Buah Delima.

Pelbagai Jenis Cuka Buah
Satu lagi kelebihan Cuka buah-buahan adalah ianya baik untuk kecantikan kulit.
Dan, hari ini kami ingin kongsikan 
Cara bagaimana menggunakan cuka ini untuk kecantikan.

Cara Penggunaan Cuka untuk Kecantikan & Penjagaan Diri

1. Menghilangkan Bau Badan
- Campurkan secawan cuka dalam satu bekas air dan dibuat mandian.

2. Melembut & Melicinkan Kulit
- Campurkan sesudu besar cuka dalam mandian. 
Bersihkan badan dengan campuran mandian tadi.

3. Melawan Kulit Terbakar akibat Cahaya Matahari
-Basahkan kain dengan air sejuk dan sedikit cuka.
- Lapkan kain pada kulit yang terbakar.
- Biarkan beberapa minit supaya meresap ke dalam kulit.
- Bilas dengan air biasa.

4. Menyembuhkan Kulit Gatal & Gigitan Serangga
- Sapukan sedikit cuka pada kulit

5. Membersihkan Kaki dari Bau, Kulat dan Kuman.
- Rendamkan kaki dalam campuran cuka dan air.

6. Menyembuhkan Tumit Kaki Kering & Pecah
- Gosok kaki dengan batu
- Rendamkan kaki dalam campuran cuka dan air.

7. Membersihkan Tangan menyeluruh
- Bersihkan tangan dengan sabun.
- Cucikan pula dengan cuka, kemudian bilas dengan air biasa.

8. Menyembuhkan Bintik Hitam
- Hancurkan 3 biji strawberi dan tambah sedikit cuka epal.
- Biarkan dalam 2 jam.
- Sapukan pada bintik hitam dan biarkan semalaman.

Cuka Epal

9. Mencerahkan Kulit
- Campurkan jus bawang dengan cuka. 
Kemudian, sapukan pada bahagian berkenaan
- Amalkan sentiasa untuk kelihatan awet muda.

10. Astringent untuk Kulit Berminyak
- Sapukan pada muka campuran cuka dan air 
(Nisbah separuh-separuh).


Perkongsian 10 Cara Bagaimana Menggunakan Cuka untuk Kecantikan dan Penjagaan diri.
Semoga membantu anda kekal sihat dan cantik secara semulajdi..
Selamat Mencuba~

No comments:

Post a Comment