Total Pageviews

Tuesday, October 28, 2014

CANTIK DENGAN MINYAK ZAITUN

Sebelum ini saya ada post mengenai minyak zaitun.
Memandngkan minyak zaitun banyak kegunaannya, 
So, saya nak share pula cara penggunaan minyak zaitun dengan anda.

Minyak Zaitun

Kebiasaanya Minyak Zaitun banyak digunakan dalam kecantikan.


1. Minyak Zaitun digunakan untuk mandian
Dengan menambah sedikit Minyak Zaitun dalam air mandian boleh menjadikan kulit lebih halus

2. Minyak Zaitun sebagai losyen badan
Sapukan Minyak Zaitun ke seluruh badan semasa mandi selepas menggunakan sabun mandi atau shower gel. Ini adalah antara cara yang cepat untuk dapatkan kulit yang lembut dan halus.

3. Minyak Zaitun untuk perawatan tangan dan kuku
Urutkan minyak pada tangan untuk menjadikan tangan lebih lembut.
Untuk kuku, rendamkan kuku dalam Minyak Zaitun suam (Suhu bilik) selama 5-10minit. 
Lakukan 1-2 kali seminggu untuk dapatkan kuku yang cantik.

4. Minyak Zaitun sebagai Masker
Campurkan 1 sudu besar Minyak Zaitun bersama dengan 1 biji kuning telur (Boleh juga ditambah dengan jus lemon untuk memutihkan kulit) dan sapukan pada wajah. 
Biarkan selama 5-10minit kemudian bilas dengan air suam dan air sejuk.

5. Minyak Zaitun sebagai Make-up Remover
Minyak Zaitun juga boleh digunakan untuk membersihkan make-up pada wajah. Kemudian, bilas dengan air suam dan air sejuk.

6. Minyak Zaitun sebagai perawatan rambut
- Untuk dapatkan rambut yang lembut dan berkilau, sapukan Minyak Zaitun pada rambut dari akar hingga ke hujung rambut. Minyak Zaitun juga dapat merawat masalah kelumumur, mempercepatkan pertumbuhan rambut serta menguatkan rambut.

Ini adalah antara kegunaan Minyak Zaitun selain dalam masakan.

Tuesday, October 21, 2014

KEBAIKAN OLIVE OIL UNTUK KESIHATAN

Apakah Olive Oil ?

Olive Oil (Minyak Zaitun) adalah minyak yang diperoleh daripada ekstrak buah zaitun. Buah zaitun umumnya berasal dari wilayah Mediterranean.

Bagi yang tidak tahu bagaimana rupa buah zaitun, inilah rupanya.

Buah Zaitun
Olive Oil kaya dengan lemak asid monosaturated. Lemak asid monosaturated merupakan lemak yang sihat berbanding dengan lemak saturated dan trans lemak.


Apakah Kegunaan Olive Oil ?

# Kosmetik
# Masakan
# Perubatan
# Pembuatan Sabun
# Bahan api untuk lampu tradisional
# Produk Rawatan Badan

Dr.Sweet Extra Virgin Olive Oil


Apakah Kebaikan Olive Oil ?

** Menggoreng menggunakan olive oil mengurangkan risiko Penyakit Jantung

** Olive oil membantu mengelakkan dari penyakit Strok

** Olive oil dapat menjaga kesihatan kardiovaskular

** Olive oil membantu mengurangi risiko kanser
    (Payudara, kulit, saluran pernafasan, saluran pencernaan)

** Olive oil membantu mengekalkan tahap kolesterol yang sihat

** Olive oil melindungi daripada penyakit Alzheimer

** Olive oil melindungi hati, pancreatitis, dan ulcerative colitis.

** Olive oil melambatkan penuaan

** Olive oil membantu mengurangkan berat badan

** Olive oil melindungi daripada tekanan



Friday, October 10, 2014

CARA PENYEDIAAN MINUMAN CUKA BUAH DR.SWEET

Cara yang sangat mudah, cepat dan pastinya berkhasiat.

Cara Penyediaan

Langkah 1: Isikan air dalam gelas sebanyak 3/4 daripada gelas.


Langkah 2: Masukkan 1 sudu teh Cuka Dr.Sweet (Epal, Anggur, Delima atau Kurma). 


Langkah 3: Kacau supaya sekata


Langkah 4: Masukkan 3 titis Dr.Sweet Stevia Drops dan kacau.


Siap !!
Sedia untuk diminum..


Tuesday, September 30, 2014

MANFAAT CUKA DARI PAKAR

Cuka sememangnya sangat bagus untuk diamalkan sebagai pemakanan tambahan.
Jom dengar dari pakar apa kata beliau ?


Thursday, September 25, 2014

KULIT SIHAT DENGAN CUKA BUAH

Cuka buah-buahan adalah makanan yang sangat baik untuk kesihatan. 
Banyak khasiat kesihatan yang boleh kita dapat jika mengamalkan pemakanan cuka buah-buahan..

Terdapat pelbagai jenis cuka buah-buahan yang ada antaranya
Cuka Epal, 
Cuka Anggur,
Cuka Kurma,
Cuka Buah Delima.

Pelbagai Jenis Cuka Buah
Satu lagi kelebihan Cuka buah-buahan adalah ianya baik untuk kecantikan kulit.
Dan, hari ini kami ingin kongsikan 
Cara bagaimana menggunakan cuka ini untuk kecantikan.

Cara Penggunaan Cuka untuk Kecantikan & Penjagaan Diri

1. Menghilangkan Bau Badan
- Campurkan secawan cuka dalam satu bekas air dan dibuat mandian.

2. Melembut & Melicinkan Kulit
- Campurkan sesudu besar cuka dalam mandian. 
Bersihkan badan dengan campuran mandian tadi.

3. Melawan Kulit Terbakar akibat Cahaya Matahari
-Basahkan kain dengan air sejuk dan sedikit cuka.
- Lapkan kain pada kulit yang terbakar.
- Biarkan beberapa minit supaya meresap ke dalam kulit.
- Bilas dengan air biasa.

4. Menyembuhkan Kulit Gatal & Gigitan Serangga
- Sapukan sedikit cuka pada kulit

5. Membersihkan Kaki dari Bau, Kulat dan Kuman.
- Rendamkan kaki dalam campuran cuka dan air.

6. Menyembuhkan Tumit Kaki Kering & Pecah
- Gosok kaki dengan batu
- Rendamkan kaki dalam campuran cuka dan air.

7. Membersihkan Tangan menyeluruh
- Bersihkan tangan dengan sabun.
- Cucikan pula dengan cuka, kemudian bilas dengan air biasa.

8. Menyembuhkan Bintik Hitam
- Hancurkan 3 biji strawberi dan tambah sedikit cuka epal.
- Biarkan dalam 2 jam.
- Sapukan pada bintik hitam dan biarkan semalaman.

Cuka Epal

9. Mencerahkan Kulit
- Campurkan jus bawang dengan cuka. 
Kemudian, sapukan pada bahagian berkenaan
- Amalkan sentiasa untuk kelihatan awet muda.

10. Astringent untuk Kulit Berminyak
- Sapukan pada muka campuran cuka dan air 
(Nisbah separuh-separuh).


Perkongsian 10 Cara Bagaimana Menggunakan Cuka untuk Kecantikan dan Penjagaan diri.
Semoga membantu anda kekal sihat dan cantik secara semulajdi..
Selamat Mencuba~

CUKA EPAL UNTUK KECANTIKAN

Epal merupakan antara buah yang enak dimakan sebagai pencuci mulut. 
Tapi,
Tahukah anda akan khasiat epal ?
Epal tidak mengandungi lemak, sebaliknya mengandungi serat dan nutrien yang tinggi termasuk antioksidan yang meningkatkan prestasi badan dan kulit.

Epal Merah
Disebabkan khasiat epal yang banyak, maka cuka epal dihasilkan sebagai pemakanan kesihatan.

Cuka Epal Dr.Sweet

Sebelum ini, kami ada share satu entry berkaitan dengan kebaikan cuka epal. 
Hari ini kami ingin kongsikan dengan lebih lanjut tentang 
manfaat cuka epal untuk kecantikan.

1. Sebagai Syampu Rambut
Cuka Epal boleh mengembalikan kilauan rambut, mencegah rambut kusut, dan menstimulasikan pertumbuhan rambut baru.
Caranya, campurkan 1/3 cawan cuka epal dengan suku cawan air.
Gunakan semasa mandi dan bilas.

2. Penyegar Wajah
Cuka epal sangat baik untuk merawat jerawat tanpa meniggalkan kesan kehitaman.
Caranya, ambil kapas dan sapukan beberapa titis cuka epal pada wajah yang berjerawat.

Penyegar Wajah Cuka Epal

3. Sebagai detoksifikasi perawatan wajah
Caranya, sapukan cuka epal pada wajah dengan rata dan biarkan 10-15 minit supaya dapat meresap ke dalam pori-pori muka dan kemudian bilas dengan air suam.

4. Sebagai Perawatan Mandian
Gunakan cuka epal ketika mandi untuk mengeluarkan racun pada tubuh serta menjadikan kulit lebih lembab

5. Sebagai Pencuci Mulut & anti Plak
Caranya, campurkan cuka epal dengan air dan kemudian kumur. Lakukan secara rutin agar nafas segar sentiasa.


Ini sahaja perkongsian dari kami.
Moga entry ini memberikan manfaat kepada anda~

Monday, September 15, 2014

KULIT CANTIK DENGAN BUAH DELIMA

Ini adalah rupa buah delima
Buah delima banyak khasiatnya dan hari ini kami ingin kongsikan kebaikan buah delima ini khas unuk kulit.


# Menjana semula sel-sel
Delima melindungi epidermis dan dermis dengan menggalakkan pertumbuhan semula sel kulit, membantu dalam pembaikan tisu, penyembuhan luka dan menggalakkan peredaran darah ke kulit yang dalam penyembuhan.


# Melindungi dari Matahari 
Buah delima membantu melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas dari cahaya matahari yang boleh menyebabkan kanser dan kulit terbakar. 

Minyak buah delima mengandungi asid ellagic antioksidan yang boleh membantu untuk menghalang tumor kulit untuk melindungi tubuh daripada kanser kulit.


# Penuaan perlahan 
Buah delima boleh membantu mencegah hiperpigmentasi, tompok penuaan, garis-garis halus dan kedutan yang biasanya disebabkan oleh kerosakan matahari.


# Menghasilkan Kulit muda
Buah delima membantu untuk melembutkan kulit dan menghasilkan elastin dan kolagen tambahan ia boleh membuat kulit anda kelihatan lebih teguh, licin dan muda.


# Membantu dengan kulit kering 
Delima sering ditambah kepada produk penjagaan kulit kerana mereka mempunyai struktur molekul yang boleh menembusi lapisan dalam banyak kulit untuk memberi kelembapan tambahan.


# Gunakan untuk kulit berminyak atau Gabungannya  
Jenis kulit berminyak atau kombinasi yang terdedah jerawat boleh menggunakan buah delima untuk melegakan wabak ini dan mengurangkan luka terbakar atau parut.

Bahagian dalam buah delima
**Sekarang buah delima boleh didapati dalam bentuk pati dari Dr.Sweet. Lagi mudah dan selamat untuk digunakan selalu.